INFINITI

Video lengkap cara buat iklan Facebook

Video lengkap cara buat iklan Facebook

AHMAD KHAIRI menubuhkan Like Method sebagai salah satu cara untuk membantu peniaga online menambah hasil jualan mereka.


MENYEDARI perniagaan dalam bidang gas dan minyak yang diusahakan mengalami sedikit keadaan turun naik ekoran ketidakstabilan industri itu, Effendi Ghazali, 42, terdorong untuk mengubah cabang perniagaannya.

Setelah melakukan kajian, dia mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan secara online.

“Setelah melihat beberapa usahawan yang menjalankan perniagaan itu mampu menjana pendapatan lumayan, saya terdorong untuk melakukan perkara yang sama.

“Namun, apa yang menjadi masalah ialah saya tiada pengetahuan untuk menjalankan perniagaan itu. Saya mula memikirkan cara yang betul untuk melonjakkan hasil jualan,” jelasnya.

Tambahnya, dia melayari internet untuk mencari individu yang mempunyai kepakaran dalam aspek pemasaran terutamanya melakukan iklan bagi produk online.

Dia bernasib baik apabila terlihat satu iklan mengenai Like Method, sekali gus membaca artikel tentang iklan itu.

Like Method merupakan satu platform yang mengajar individu yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan online meningkatkan hasil jualan produk masing-masing menerusi pengiklanan.

“Apa yang unik mengenai Like Method ini ialah ia mengajar teknik-teknik yang betul dan medium yang boleh digunakan untuk seseorang itu terlibat dalam perniagaan online terutamanya bagi meningkatkan hasil jualan.

“Teknik-teknik yang diajar hanyalah melalui video. Dengan bermodalkan RM17 untuk membeli video itu, saya diajar teknik lengkap daripada awal hingga akhir tentang cara-cara memasarkan produk, sekali gus meningkatkan hasil jualan,” jelasnya.

Tambahnya, dia turut dipelawa masuk ke dalam grup Facebook milik Like Method. Sekiranya dia mempunyai sebarang persoalan tentang pengiklanan, dia boleh berkomunikasi dalam grup itu.

Setelah mendalami teknik-teknik pengiklanan melalui video itu, dia mampu membuat jualan sebanyak RM5,000 pada bulan pertama.

Pada bulan kedua, Effendi berjaya membuat jualan secara online sebanyak RM400,000.

“Melalui video itu, saya diberi tunjuk ajar tentang produk apa yang berpotensi untuk dijual.

“Pada mulanya, saya hanya menjadi stokis dan ejen untuk produk orang lain. Kini, saya telah mempunyai produk sendiri yang diusahakan bersama isteri di bawah syarikat Fyna Global Sdn. Bhd.,” kata Effendi.

Tambah pendapatan


Pekerja Like Method kini semakin sibuk menguruskan bahagian iklan beberapa syarikat yang menggunakan kepakaran mereka.


Kini, perkembangan dalam bidang teknologi membolehkan pelbagai jenis barangan diniagakan secara online.

Dengan kemudahan itu, semua orang mampu untuk berniaga secara kecil-kecilan atau menambah pendapatan.

Malah, ada sesetengah peniaga online mampu untuk membuat jualan hingga jutaan ringgit

Sementara itu, Pengasas Like Method, Ahmad Khairi Mohd. Ariff, 30, berkata, platform itu ditubuhkan bertujuan membantu individu yang terlibat dalam perniagaan online menghasilkan jualan secara konsisten menerusi teknik yang betul.

Menurutnya, teknik yang digunakan adalah melalui platform Iklan Facebook atau Facebook Ads (FB Ads).

“Sekiranya iklan ini dilakukan dengan cara yang betul, mereka yang berniaga secara online mampu melonjakkan hasil jualan produk mereka.

“Ini yang unik di Like Method kerana mereka tidak perlu menghadiri seminar, sebaliknya hanya mengikuti langkah-langkah melalui video yang kami sediakan,” jelasnya.

Tambahnya, Like Method mengajar peniaga online tentang konsep mudah yang perlu fahami berkaitan kedudukan pelanggan dan menarik perhatian mereka untuk mendapatkan produk atau servis yang ditawarkan.

Berpengalaman bekerja di sebuah syarikat antarabangsa Mindvalley yang berpangkalan di Kuala Lumpur sebagai Pakar Pengiklanan Media Online selama tiga tahun, Ahmad Khairi memperoleh banyak kemahiran dalam bidang pengiklanan.

Ketika bekerja di syarikat itu, dia diberi tanggungjawab untuk menguruskan akaun pengiklanan bagi klien-klien antarabangsa.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menubuhkan Like Method, sekali gus berkongsi kepakaran yang ada pada April 2016.

Jelas Ahmad Khairi, bagi memudahkan tunjuk ajar itu, dia telah membuat satu video lengkap yang boleh dibeli oleh individu berminat untuk belajar cara-cara pengiklanan yang mampu meningkatkan hasil jualan produk mereka.

“Melalui video itu, satu tutorial berkaitan cara-cara membuat FB Ads akan diajar. Dengan panduan yang diberikan melalui video itu, mereka hanya meluangkan masa sekitar 30 minit untuk mengetahui strategi meledakkan jualan dengan mudah dan pantas.

“Facebook ini boleh diakses di Facebook Like Method. Harga yang kami tawarkan untuk keseluruhan video adalah sebanyak RM100.

“Semasa saya mula-mula menubuhkan Like Method dahulu, video tutorial hanya ditawarkan pada harga RM7,” jelasnya.

Ahmad Khairi menerangkan, fasa pertama sangat penting untuk peniaga online memahami aliran mendapatkan prospek yang berpotensi untuk membeli produk mereka.

Pada fasa itu juga, mereka akan diajar tentang langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan jualan dan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehingga berjaya membuat iklan.

Fasa kedua video itu pula menerangkan cara-cara untuk menarik Likes yang banyak daripada Facebook. Pada fasa ini, peniaga diterangkan tentang teknik untuk mendapat Likes dengan mudah.

Keuntungan

“Fasa terakhir video akan menerangkan cara-cara untuk kurangkan kos iklan sehingga 90 peratus dan tingkatkan keuntungan sehingga tiga kali ganda.

“Pada fasa ini, tiga matlamat untuk mengoptimumkan iklan dan cara-cara bagi menentukan iklan yang boleh mendedahkan jualan,” jelas Ahmad Khairi.

Tambahnya, walaupun baru beroperasi, lebih 20,000 peniaga online telah menggunakan perkhidmatan Like Method melalui tutorial video-video pengiklanan yang dihasilkan.

Kini, Like Method mengorak langkah ke hadapan selepas beberapa syarikat melantik mereka untuk menguruskan bahagian iklan bagi meningkatkan jualan produk masing-masing.

Process time in ms: 1360