SUKAN

Selangor mahu pertahan rekod bersih

Selangor mahu pertahan rekod bersih


VEENOD (atas) berharap dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang JDT malam ini.


SKUAD Selangor berharap dapat meneruskan rekod tanpa kalah sejak pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula 1 Julai lepas dengan meraih keputusan positif menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan peringkat Kumpulan D kempen Piala Malaysia malam ini.

Sebagai rekod, skuad Merah Kuning kendalian P. Maniam itu mencatat dua keputusan seri dan dua kemenangan pada empat perlawanan terakhir dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super termasuk mengikat Kedah 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu lalu.

Lebih manis, kejayaan tersebut hadir apabila Selangor kehilangan beberapa pemain utama seperti Razman Roslan, Amri Yahyah dan Andik Vermansah akibat digantung satu perlawanan.

Susulan itu, Maniam berharap kehadiran semula ketiga-tiga pemain tersebut dapat menguatkan kembali pasukannya dalam misi merebut kedudukan teratas Kumpulan D.

Setakat ini, selepas mengharungi dua perlawanan, Selangor berkongsi empat mata dengan JDT.

“Pada perlawanan lepas, kita telah melakukan empat atau lima pertukaran dalam ke­sebelasan utama dan mereka yang diberikan peluang telah beraksi dengan baik terutama Fittri Shazwan, Halim Zainal dan S. Veenod.

“Bagaimanapun, untuk aksi menentang JDT nanti, pemain-pemain yang digantung bakal kembali memperkuatkan pasukan dan saya akan memiliki lebih banyak pilihan. Mungkin Amri, Razman mahupun Andik akan diturunkan.

“Saya tetap melakukan sistem penggiliran pemain kerana banyak lagi perlawanan yang perlu dihadapi selepas ini, lagipun jadual perlawanan nampak semakin padat ketika ini. Apa yang penting, kami meraih keputusan positif untuk menggembirakan penyokong di laman sendiri pada perlawanan menentang JDT nanti,” kata Maniam.

Sementara itu, Selangor masih lagi terasa kehilangan dua pemain muda, Adam Nor Azlin dan Syahmi Safari yang kini sedang menggalas cabaran negara bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara pada kejohanan kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok.

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31