NEGARA

TNB tembusi pasaran antarabangsa

TNB tembusi pasaran antarabangsa


Najib (tengah) beramah mesra dengan kakitangan TNB pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2017 di Ibu Pejabat TNB, Bangsar semalam.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang sehingga mampu me­nembusi pasaran antarabangsa melayakkan gergasi utiliti negara itu tergolong sebagai syarikat bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata, kecemerlangan TNB turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila berjaya melonjak 15 anak tangga ke tempat 24 pada tahun ini.

Katanya, kedudukan itu bertambah baik berbanding tangga ke-39 sebelum ini dalam kedudukan Global Top 50 Utility Brands 2017 yang dikeluarkan Brand Finance berpangkalan di London, United Kingdom.

“Nilai jenama syarikat utiliti berkenaan meningkat dengan ketara sebanyak 33 peratus kepada RM7 bilion berbanding RM5.26 bilion tahun lepas.

“Kejayaan ini menunjukkan apa yang dilakukan TNB telah membawa hasil yang terbukti boleh dinilai,” kata beliau pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2017 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31