NEGARA

Diskaun 50 peratus naik MRT

Diskaun 50 peratus naik MRT

Najib berbual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri ketika menaiki tren MRT semalam. Turut kelihatan Zahid (dua dari kanan), Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) dan Shahril (berdiri depan).


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan ‘hadiah istimewa’ kepada rakyat apabila mengumumkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk perkhidmatan pengangkutan awam terbaharu Transit Aliran Massa (MRT) mulai hari ini sehingga Hari Merdeka pada 31 Ogos ini.

Lebih manis, potongan separuh harga itu turut dinikmati pengguna untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel.

Katanya, potongan harga itu adalah sebagai tanda meraikan pencapaian bersejarah perasmian Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang kini menandakan satu era baharu dalam sistem pengangkutan negara.

“Sebelum saya terlupa ada hadiah teristimewa iaitu pada hari ini (semalam) bermula pukul 4 petang sehingga malam ini, perkhidmatan MRT adalah percuma.

“Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada semua pengguna MRT, LRT, BRT dan Monorel bermula esok (hari ini) sehingga Hari Merdeka 31 Ogos depan,” katanya pada majlis perasmian Fasa Kedua MRT di Stesen Tun Razak Exchange di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47