DUNIA

Rakyat Venezuela bersuara

Rakyat Venezuela bersuara


REUTERS - ORANG ramai berbaris di sebuah pusat membuang undi di Caracas, Venezuela kelmarin.


CARACAS – Hampir 7.2 juta rakyat Venezuela mengundi dalam pungutan suara tidak rasmi atau plebisit anjuran pembangkang terhadap kerajaan berhaluan kiri pimpinan Presiden Nicolas Maduro kelmarin, kata ahli-ahli akademik yang memantau undi tersebut.

Pungutan suara itu bertujuan mengumpulkan bantahan rakyat terhadap Maduro dan rancangannya untuk merombak perlembagaan selepas negara itu dicemari protes ganas selama hampir empat bulan.

Ahli-ahli akademik yang mengendalikan plebisit itu berkata, sebanyak 95 peratus kertas undi telah dikira.

“Venezuela menghantar mesej jelas kepada kerajaan dan dunia,” kata Presiden Universiti Pusat Venezuela, Cecilia Garcia.

Menurutnya, keputusan penuh pungutan suara itu dijadualkan diumumkan semalam.

Dalam pada itu, keganasan kembali di Venezuela apabila seorang wanita berusia 61 tahun mati dan tiga lagi cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata menunggang motosikal.

Penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang beratur untuk mengundi di kejiranan Catia, Caracas.

Korban terbaharu itu menjadikan angka kematian akibat protes dan keganasan politik di Venezuela meningkat kepada 96.

Pihak pembangkang menuduh serangan itu dilakukan oleh kumpulan militia yang mempunyai hubungan dengan pemerintah.

Maduro mahu mengadakan pilihan raya pada 30 Julai ini untuk memilih 545 anggota sebuah badan yang akan mengubah perlembagaan negara.

Pihak pembangkang menyifatkan rancangan itu sebagai helah untuk beliau terus berkuasa walaupun tinjauan menunjukkan 80 peratus rakyat Venezuela tidak lagi menyokongnya. – Reuters

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 47