TERKINI

Tomok buka kiosk Chatime di Shah Alam

Tomok buka kiosk Chatime di Shah Alam

17/07/2017 7:38pm


Tomok (dua dari kiri) bakal membuka cawangan Chatime di Shah Alam, Selangor tidak lama lagi.


KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Tomok meluahkan rasa gembira apabila hasratnya untuk bekerjasama dengan syarikat minuman Chatime menjadi kenyataan apabila dia ditawarkan untuk membuka francais produk tersebut.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 33, dia memilih untuk membuka cawangan produk minuman tersebut di Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu tidak menjelaskan secara terperinci lokasi cawangan kedainya.

“Saya berasa gembira kerana berjaya menjadi sebahagian daripada ahli keluarga minuman tersebut dan mempunyai keyakinan tinggi bahawa produk berkenaan mempunyai ramai peminat.

“Buat masa sekarang lokasi kedai masih menjadi rahsia kerana saya ingin membuat kejutan. Namun, saya memilih untuk membuka cawangan di sekitar Shah Alam kerana berhampiran dengan rumah,” kata Tomok kepada Kosmo! di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 47