TERKINI

Taman tema air 'dikunjungi' ular sawa batik sepanjang 2.5 meter

Taman tema air 'dikunjungi' ular sawa batik sepanjang 2.5 meter

17/07/2017 6:40pm


Ular sawa batik seberat 18 kilogram ditemui di kawasan tapak semaian pokok di dalam taman tema air terbabit.


SHAH ALAM - Sebuah taman teman air terkemuka di Seksyen 14 di sini 'dikunjungi' seekor ular sawa batik sepanjang 2.5 meter pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, ular seberat 18 kilogram tersebut ditemui oleh seorang pekerja taman tema berkenaan di kawasan tapak semaian pokok di dalam taman terbabit.

Bagaimanapun, ketika kejadian tiada pengunjung berada di taman tema itu.

Pegawai Operasi dan Logistik Angkatan Pertahanan Malaysia daerah Klang, Leftenan (PA) Mohd. Hairi Ibrahim berkata, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10 pagi.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian mendapati ular terbabit sedang berlingkar di salah satu anak pokok di situ.

"Ular terbabit didapati bertindak agresif sebelum berjaya ditangkap menggunakan penjerut," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31