TERKINI

JPJ keluarkan 1,327 saman sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri

JPJ keluarkan 1,327 saman sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri

17/07/2017 6:19pm


Jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Ops 2017 menurun berbanding Ops HRA 2016 iaitu daripada 2,885 kepada 1,327 saman. - Gambar fail


SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 1,327 saman sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di seluruh negeri selama dua minggu bermula 18 Jun lalu.

Pengarahnya, Nazli Md. Taib berkata, saman tertinggi dikeluarkan adalah kepada pengguna motosikal sebanyak 577, diikuti kereta (448), lori (253) dan bas (13).

"Bagaimanapun, jumlah saman yang dikeluarkan itu menurun berbanding Ops HRA 2016 iaitu sebanyak 2,885.

"Ini menunjukkan kesedaran awam tentang keselamatan jalan raya meningkat dengan pelbagai kempen yang dijalankan oleh JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi lain," katanya dalam sidang media selepas majlis sambutan Aidilfitri JPJ hari ini.

Beliau menambah, tiga kesalahan utama direkodkan terutama kegagalan memakai tali pinggang keselamatan yang menunjukkan peningkatan sehingga 24 saman berbanding 2 saman dikeluarkan pada tahun lalu. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 47