TERKINI

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Pantai Taman Damai

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Pantai Taman Damai

17/07/2017 4:53pm


Gambar hiasan.


LABUAN - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Taman Damai, Kampung Layangan di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi bersama empat rakannya di pantai yang terkenal itu pada hujung minggu, apabila secara tiba-tiba kesemua mereka dipukul ombak besar kira-kira pukul 4 petang.

Empat rakannya, Mohd. Aiman B Sumardi, 12, Zul Azri Sufri, 12, Mohd. Syafiq, 13, dan Khairuddin  Karim, 14, berjaya berenang ke tepian, bagaimanapun Mohd. Shahrul gagal berbuat demikian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota bomba, polis dan Maritim Malaysia (APMM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari pelajar itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin turut meminta nelayan tempatan membantu dalam operasi SAR itu.

Usaha mencari Mohd. Shahrul yang berasal dari Kampung Sungai Labu masih diteruskan, namun setakat ini, dia belum dijumpai. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 63