TERKINI

Pegawai SPRM ambil dokumen di balai Felda

Pegawai SPRM ambil dokumen di balai Felda

17/07/2017 4:48pm


SPRM


KUALA LUMPUR - Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di tingkat 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, di sini bagi mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.

Pasukan penyiasat yang dianggotai tujuh pegawai SPRM berkenaan tiba di pejabat FIC pada kira-kira pukul 10.20 pagi.

Petugas media yang mendapat maklumat mengenainya berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak 9 pagi untuk membuat liputan perkembangan terkini perkara itu.

Baru-baru ini, SPRM, dalam satu kenyataan, menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Kenyataan itu menjelaskan individu-individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015. - Bernama

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 62