TERKINI

Anak Saleem nafi hubungan bermasalah dengan bapanya

Anak Saleem nafi hubungan bermasalah dengan bapanya

17/07/2017 4:44pm


Syafiq Farhain.


KUALA LUMPUR - Syafiq Farhain yang merupakan anak kepada penyanyi tersohor, Saleem meminta agar peminat tidak mudah percaya tentang khabar angin mengenai hubungan dengan bapanya yang dikatakan sedang mengalami masalah.

Syafiq atau Nursyafiq Farhain A. M. Salim, 23, memberitahu kepada Kosmo! ketika diminta mengulas mengenai rakaman sebuah video yang kini tular di media sosial Facebook menunjukkan Saleem meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dirinya.

Malah, video tersebut turut mendapat tontonan lebih 100,000 kali selepas dimuat naik ke YouTube pada 15 Jun lalu.

Katanya, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan mengharapkan agar pihak yang menyebarkan video berkenaan berhenti daripada terus memfitnah dirinya sekeluarga.

“Hubungan saya dengan ayah berada dalam keadaan baik dan kami tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang dipaparkan dalam video terbabit.

“Saya turut menyeru agar masyarakat jangan mudah percaya akan khabar angin kerana hubungan kami sememangnya tiada masalah,” jelas Syafiq.

Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku yang juga merupakan anggota bomba itu turut mengakui tidak terkesan dengan kontroversi mahupun pandangan negatif yang dilemparkan kepadanya.

“Saya memaafkan perbuatan pihak yang telah menyebarkan video terbabit selain kekal positif dan tidak ambil peduli mengenai kata-kata negatif orang luar,” katanya.

Syafiq merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Saleem atau nama sebenarnya A. M. Salim Abdul Majeed, 56, dengan Juwita sekitar 20 tahun lalu. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31