TERKINI

Taktik penyamaran JPJ Negeri Sembilan kesan 149 kesalahan pemandu bas ekspres

Taktik penyamaran JPJ Negeri Sembilan kesan 149 kesalahan pemandu bas ekspres

17/07/2017 4:34pm


JPJ


SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengesan sebanyak 149 kesalahan dilakukan oleh pemandu bas ekspres dalam operasi yang diadakan bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, kesalahan melibatkan 73 buah bas ekspres itu dikesan oleh anggota JPJ yang ditugaskan untuk menyamar sebagai penumpang dari 18 Jun hingga 2 Julai lalu.

"Jumlah keseluruhan bas ekspres yang dinaiki oleh anggota JPJ Negeri Sembilan dalam operasi penyamaran kali ini sebanyak 102 buah. Bas yang dikenakan tindakan sebanyak 73 buah.

"Sebanyak 149 notis di bawah Peraturan 22 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dikeluarkan dalam operasi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya JPJ Negeri Sembilan di sini hari ini.

Azrin berkata, sebanyak 12 notis kesalahan itu dikeluarkan kerana menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan satu notis kesalahan kerana memotong di garisan berkembar.

Menurut beliau, JPJ Negeri Sembilan turut mengeluarkan 48 notis kesalahan keatas pemandu bas ekspres kerana memandu di lorong paling kanan dan kawasan larangan memotong.

Kata beliau, sebanyak 38 kesalahan menurun dan mengambil penumpang di tempat tidak dibenarkan dan 24 kesalahan tiada pemandu kedua turut dikesan dalam operasi tersebut.

Tambah beliau, pihaknya mengeluarkan lima notis kesalahan kerana tidak menyelenggara buku log, berbual dan merokok ketika memandu (6) serta kesalahan pemakaian (10).

"Tiga notis masing-masing dikeluarkan kerana gagal mematuhi laluan terhad, tidak ikut lorong yang betul semasa menghampiri simpang dan gagal mematuhi lampu isyarat. Dua notis lagi dikeluarkan kerana berhenti di kawasan yang dilarang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azrin berkata, sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2017 yang diadakan seminggu sebelum dan selepas raya itu, sebanyak 2,759 kenderaan diperiksa.

Kata beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 1,831 kes berjaya dikesan dan diambil tindakan, namun statistik itu berkurangan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2,707 kes. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47