TERKINI

Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit anjing gila

Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit anjing gila

17/07/2017 2:19pm


Gambar hiasan.


IPOH - Kerajaan negeri Perak mengisytiharkan Mukim Matang yang terletak dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengisytiharan mengikut Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 itu dibuat sebagai langkah proaktif untuk pencegahan dan pengawalan wabak berkenaan.

“Oleh sebab itu, kerajaan sama sekali melarang mana-mana anjing keluar dari mukim tersebut melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri.

“Mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan yang tidak dikawal secara efektif mengikut Perintah 4, boleh dimusnahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31