NEGARA

Polis nafi berlaku di Pulau Pinang

Polis nafi berlaku di Pulau Pinang


PetikaN laporan blog Penang Post semalam tentang permintaan maaf pasangan yang melakukan hubungan seks di tepi sebuah lebuh raya didakwa di Seberang Perai Selatan.


SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang menafikan kejadian pasangan yang didakwa suami isteri melakukan hubungan seks di tepi le­buh raya di Changkat Kledang, Jawi, Seberang Perai Selatan di sini sehingga membangkitkan kemarahan orang awam.

Berita dan gambar yang disiarkan menerusi blog Penang Post bertajuk “Pasangan memohon maaf selepas melakukan hubu­ngan seks di tepi laluan motosikal” itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp sejak petang semalam.

Ini berikutan pasangan wanita yang berdiri secara membongkok tanpa seurat benang itu dikatakan sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, kejadian tersebut bukan berlaku di negeri ini sebaliknya berkemungkinan besar dirakam di luar negara.

“Lebuh raya di negara ini tiada pagar berwarna hijau (tembok tengah) dan lokasi kejadian itu bukanlah di kawasan seperti yang didakwa dalam blog terbabit iaitu di Lebuh Raya Changkat Kledang di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31