NEGARA

Calon SPM mati lemas

Calon SPM mati lemas


INILAH kawasan air terjun Jeram Penitih iaitu lokasi seorang mangsa dipercayai lemas selepas terjun untuk berenang kelmarin.


KEMAMAN – Kegirangan 10 sahabat berkelah di Air Terjun Jeram Penitih, Seri Bandi dekat sini kelmarin bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Ahmad Amirul Ahmad Rahimi, 17, lemas selepas terjun dari atas salah sebuah batu yang terdapat di kawasan air perkelahan tersebut.

Salah seorang rakan mangsa, Muhammad Khairul Nizam Idayanto, 17, berkata, mereka yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi dekat sini berkelah ke Jeram Penitih bagi melepaskan tekanan selepas menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Dia berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun yang terletak sejauh 15 kilometer dari jalan besar dengan menunggang motosikal.

“Mulanya Ahmad Amirul duduk bertinggung sendirian di atas sebuah batu di tebing kawasan air terjun itu.

“Dia kemudian terjun ke dalam air, bagaimanapun dia tidak timbul-timbul selepas tiga minit,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pekarangan Rumah Mayat Hospital Kemaman di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kuasa trending, kualiti drama Melayu

PENONTON pada masa kini mula disajikan dengan banyak karya bersifat ringan atau santai, berbanding sarat nilai kehidupan seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 90-an dahulu.

Varia!»

Fatihah Frozen Food semakin dikenali ramai

FATIHAH bersama anak-anaknya, Hamizah (kanan) dan Hazirah ketika berbincang mengenai perancangan syarikat milik mereka.

Process time in ms: 31