NEGARA

Kontraktor dihukum gantung

Kontraktor dihukum gantung


PARKAS (tengah) dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh dan membakar seorang pekerjanya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh pekerjanya dengan membakar mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Tuli, Pasir Puteh dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman tersebut terhadap A. Ghana Parkas, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa telah membunuh A. Ramu, 41, di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Tuli, Pasir Puteh dekat sini pada pukul 6 petang pada 11 Mei 2015.

Kosmo! difahamkan, kejadian tersebut berpunca selepas mangsa yang merupakan pekerjanya memperlekeh­kan tertuduh dengan memanggilnya menerusi gelaran pondan.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Ahmad berkata, sebelum membakar mangsa, Parkas marah terhadap si mati selepas diperlekehkan oleh mangsa.

Menurutnya, tertuduh telah memukul, mencungkil mata Ramu dengan batang kayu mop.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kuasa trending, kualiti drama Melayu

PENONTON pada masa kini mula disajikan dengan banyak karya bersifat ringan atau santai, berbanding sarat nilai kehidupan seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 90-an dahulu.

Varia!»

Fatihah Frozen Food semakin dikenali ramai

FATIHAH bersama anak-anaknya, Hamizah (kanan) dan Hazirah ketika berbincang mengenai perancangan syarikat milik mereka.

Process time in ms: 46