NEGARA

Bapa susah hati maut jatuh flat

Bapa susah hati maut jatuh flat


Anak panah menunjukkan lokasi Irwan terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Taman Bidara, Machang Bubok di Bukit Mertajam malam kelmarin.


SEBERANG PERAI – Seorang penganggur meninggalkan tujuh anak dan seorang isterinya yang sedang hamil selepas dia maut terjatuh dari aras empat rumah flat yang disewanya di Taman Bidara, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini malam kelmarin.

Mayat Mohd. Irwan Omar, 38, ditemui oleh salah seorang anak perempuannya yang berusia 15 tahun di kawasan tempat letak kenderaan di rumah flat berkenaan pada pukul 11.30 malam.

Irwan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter.

Arwah yang berasal dari Kluang, Johor itu meninggalkan isteri berusia 37 tahun dan sedang mengandung serta tujuh anak yang masing-masing berumur 17, 16, 15, 11, 10, lapan dan dua tahun.

Semasa kejadian, Irwan yang dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek didakwa sempat memanggil anak ketiganya dan turut melambai-lambaikan tangan sebelum dia terjatuh dari balkoni rumah di­sewanya.

Rencana Utama!»

Kuasa trending, kualiti drama Melayu

PENONTON pada masa kini mula disajikan dengan banyak karya bersifat ringan atau santai, berbanding sarat nilai kehidupan seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 90-an dahulu.

Varia!»

Fatihah Frozen Food semakin dikenali ramai

FATIHAH bersama anak-anaknya, Hamizah (kanan) dan Hazirah ketika berbincang mengenai perancangan syarikat milik mereka.

Process time in ms: 31