NEGARA

Hala tuju pembangkang kabur

Hala tuju pembangkang kabur


Najib melancarkan buku Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn (kiri).


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak meletakkan negara dalam risiko dengan memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Perdana Menteri menegaskan, kepimpinan gabungan parti pembangkang begitu kabur serta gagal menunjukkan hala tuju.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) memiliki struktur parti yang lebih jelas selain mempunyai hala tuju serta telah terbukti berjaya membawa banyak kejayaan kepada negara.

“Banyak pihak mengatakan gabungan pembangkang meletakkan masa depan mereka dalam risiko yang tinggi. Sebagai rakyat biasa mengapa kita perlu berbuat demikian.

“Bila kita sedar bahawa ada UMNO dan BN, walaupun ada sedikit seba­nyak yang mereka tidak senang hati, secara umumnya dunia mengakui kita telah membawa negara ke tahap kejayaan yang boleh dibanggakan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka 2017 sempena Aidilfitri di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kuasa trending, kualiti drama Melayu

PENONTON pada masa kini mula disajikan dengan banyak karya bersifat ringan atau santai, berbanding sarat nilai kehidupan seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 90-an dahulu.

Varia!»

Fatihah Frozen Food semakin dikenali ramai

FATIHAH bersama anak-anaknya, Hamizah (kanan) dan Hazirah ketika berbincang mengenai perancangan syarikat milik mereka.

Process time in ms: 47