NEGARA

Virus rabies di Kuala Sepetang

Virus rabies di Kuala Sepetang


INILAH bandar Kuala Sepetang, Taiping, Perak tempat virus anjing gila dikesan. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kes penyakit anjing gila atau rabies kini menular di Kuala Sepetang, Taiping, Perak selepas sebelum ini dikesan di Serian, Sarawak dan Melaka.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Ve­terinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, dua kanak-kanak perempuan digigit seekor anjing yang menghidap penyakit itu di Kuala Sepetang pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak telah menerima aduan daripada seorang pemilik anjing peliharaannya menggigit anak perem­puan dan anak saudaranya pada Khamis lepas.

Katanya, anjing yang berusia dua tahun dan telah dipelihara sejak kecil oleh pemiliknya itu mati selepas lapan hari menggigit kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa te­lah dibawa ke Pusat Kesihatan Kuala Sepetang untuk cucian luka dan suntikan tetanus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47