NEGARA

Malaysia kutuk tindakan Israel

Malaysia kutuk tindakan Israel


MALAYSIA mengutuk tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada digunakan oleh umat Islam baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya semalam.

Menurut laporan be­rita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di pekarangan masjid itu.

Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan semalam menyokong pe­negasan Perdana Menteri, menyatakan tindakan pihak berkuasa Israel itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31