DUNIA

Israel buka semula pekarangan Masjid Al-Aqsa

Israel buka semula pekarangan Masjid Al-Aqsa


REUTERS - BEBERAPA petugas memasang alat pengesan logam di hadapan pintu masuk masjid Al-Aqsa di Kota Lama, Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS – Israel berkata kelmarin bahawa ia akan membuka semula pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama yang mana penutupannya selepas satu serangan maut mencetuskan kemarahan orang Islam dan Jordan, kata penjaga tempat suci itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, bagaimanapun alat pengesan logam akan dipasang di pintu-pintu masuk ke tempat suci itu, manakala lebih banyak kamera akan juga ditempatkan.

Langkah keselamatan tambahan itu dijangka mencetuskan kontroversi. Setakat ini, masih tidak jelas sama ada peralatan itu akan segera dipasang.

Netanyahu membuat pengumuman itu menjelang lawatan beliau ke Pe­rancis.

Pekarangan Masjid Al-Aqsa juga menjadi tempat suci bangsa Yahudi yang menamakannya sebagai Temple Mount (Haram al-Sharif).

“Temple Mount akan dibuka ber­ansur-ansur kepada jemaah, pe­ngunjung dan pelancong mulai hari ini (semalam).

“Pintu masuk ke Temple Mount akan dilengkapi dengan alat pengesan logam dan kamera akan dipasang di luar ba­ngunan bagi mengesan pergerakan di atas bukit ini,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Temple Mount juga dikenali sebagai Bukit Bait.

Tiga penyerang berketurunan Arab-Israel melepaskan tembakan ke arah polis Rejim Zionis pada Jumaat lalu di Kota Lama, menyebabkan dua anggota polis maut.

Mereka kemudian melarikan diri ke pekarangan Temple Mount dan ditembak mati polis.

Susulan serangan itu, pihak ber­kuasa Israel mengambil keputusan luar biasa untuk menutup pekarangan masjid Al-Aqsa kepada umat Islam yang berhasrat menunaikan solat Jumaat.

Pihak berkuasa Israel berkata, langkah itu perlu bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Menteri Hal Ehwal Jordan, Wael Arabiyat bagaimanapun memberi ­amaran bahawa tindakan menutup masjid Al-Aqsa sebagai berbahaya dengan Amman menggesa supaya ia dibuka semula. – AFP

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31