DUNIA

Perbicaraan MH17 mungkin dibuat tanpa kehadiran suspek

Perbicaraan MH17 mungkin dibuat tanpa kehadiran suspek

Reuters - Beberapa pekerja memindahkan serpihan pesawat penerbangan MH17 dekat perkampungan Hrabove di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 20 November 2014.


SYDNEY – Pesalah yang menembak jatuh Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines pada Julai 2014 mungkin dibicara tanpa kehadiran mereka, kata Menteri Luar Australia, Julie Bishop semalam.

Bishop berkata, ‘semua saluran undang-undang sedang diusahakan’ dan menggesa Rusia supaya mematuhi Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-­Bangsa Bersatu yang dirangka oleh Australia.

“Resolusi ini meminta semua negara supaya bekerjasama untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan,” kata Bishop kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

“Ia mungkin membawa kepada kaedah perbicaraan tanpa kehadiran,” tambahnya.

Bishop membuat komen itu beberapa hari selepas Malaysia menyuarakan harapan agar suspek-suspek yang menembak jatuh MH17 diketahui menjelang hujung tahun ini.

Semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 terbunuh dalam tragedi itu.

Kebanyakan mereka yang menaiki pesawat jenis Boeing 777 itu merupakan rakyat Belanda di samping penumpang dari 17 negara lain termasuk 38 warga Australia.

Pesawat itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Rusia di timur Ukraine yang ditawan kumpulan pemisah pro-Moscow, demikian menurut rumusan Lembaga Ke­selamatan Belanda pada 2015.

Rusia bagaimanapun menafikan roket buatan negara itu digunakan untuk membedil pesawat MH17.

Pada akhir Jun lalu, Belanda menyatakan, suspek kes itu akan didakwa di mahkamah Belanda dan menggunakan undang-undang Belanda. – Reuters

Rencana Utama!»

Hanya 100 kes dikesan di seluruh dunia

Lyla-GRACE (kiri) memiliki rambut berwarna perang muda berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pesona!»

Didik anak-anak makan sayur, buah-buahan

Didik anak-anak untuk memakan buah sejak kecil dan pelbagaikan warna bagi menarik minat mereka.

Varia!»

Pantai Drini lokasi rehatkan minda

Pantai Drini memiliki satu tebing besar yang membahagikan pantai itu kepada dua sisi.

Process time in ms: 31