VARIA

Sejadah Fuzainy harum dan menarik

Sejadah Fuzainy harum dan menarik

Sejadah penting bagi memastikan tempat sujud bersih ketika solat.


SELAIN kain telekung, sejadah juga sangat penting ketika mengerjakan solat kerana ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan tetapi memastikan tempat bersujud itu bersih daripada kekotoran.

Keindahan rekaan sejadah menjadikannya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati buat orang tersayang ataupun tanda kenang-kenangan kepada sahabat handai.

Sehubungan itu, Sharifah Fuzainy Syed Othman, 31, mengusahakan perniagaan menjual sejadah istimewa yang berbau wangi dengan haruman ros sejak April tahun 2015.

“Keputusan menjalankan perusahaan ini mula tercetus ketika melancong ke Istanbul dan saya sangat teruja kerana pertama kali melihat sejadah berbau wangi seperti ini. Ia banyak di jual di sana.

“Lantas saya mencari pembekal dan memasarkannya secara komersial di Malaysia. Syukur, penerimaan orang ramai sangat baik dan rata-rata tertarik dengan keindahan coraknya serta berbau harum,” katanya.

Sejadah wangi jenama Fuzainy ini disasarkan sebagai hadiah dan Sharifah Fuzainy sangat mementingkan kualiti serta ciri eksklusif kerana setiap rekaan adalah terhad malah sentiasa memperkenalkan rekaan baharu.

Setiap koleksi sejadah wangi Fuzainy mempunyai warna dan corak menarik. Ia berlainan dengan sejadah sedia ada kerana tidak terikat kepada corak biasa seperti binaan Kaabah atau kubah masjid.

Sebaliknya, mengetengahkan corak yang lebih segar seperti bermotifkan bunga lantas memberi peluang kepada pembeli untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan tema terutamanya jika ia dijadikan hantaran.

Jika dijaga dengan baik, haruman tersebut mampu tahan sehingga enam bulan.

Namun, pengguna tidak perlu risau jika bauan tersebut semakin hilang setelah kerana Fuzainy turut menjual wangian yang sesuai disembur bukan sahaja kepada sejadah tetapi juga fabrik lain.

Wujudnya permintaan daripada pelanggan yang mahukan haruman asal iaitu ekstrak bunga mawar turut mendorong Sharifah Fuzainy membawa wangian ini dari Turki.

Panjang satu unit sejadah wangi Fuzainy adalah 114 sentimeter manakala lebarnya pula 65 sentimeter. Ia dijual pada harga RM99 hingga RM199, produk ini boleh dibeli di laman web www.fuzainy.com.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47