GENK

Dibuli secara mental oleh rakan

Dibuli secara mental oleh rakan

SOALAN

ASSALAMUALAIKUM Che Kuntum. Saya Auss berasal dari Perak dan kini menuntut di sebuah kolej vokasional.

Saya mengambil jurusan kimpalan dan seramai 28 orang pelajar menuntut di dalam kelas kami.

Masalah yang saya hadapi sekarang adalah sikap rakan-rakan sekelas yang sering mengutuk dengan memanggil saya dengan gelaran binatang.

Mereka juga sering mengganggu saya secara berlebihan dan saya rasa mental saya seperti dibuli sehingga menyebabkan saya berasa tertekan.

Bila ditanya, mereka mengatakan itu hanya sekadar gurauan.

Adakalanya saya hampir bertumbuk apabila tidak selesa diganggu secara kasar. Apa yang perlu saya lakukan Che Kuntum?

AUSS,

Perak.

JAWAPAN

WAALAIKUMMUSSALAM Auss, terima kasih kerana menghubungi Che Kuntum.

Situasi yang anda alami agak berat kerana gangguan rakan-rakan merosakkan mental anda.

Perilaku yang mereka lakukan itu merupakan sebahagian daripada buli mental.

Untuk mengatasi masalah itu, lebih baik Auss membuat laporan kepada pihak atasan.

Mungkin pihak atasan boleh membantu dengan mengambil tindakan atau menasihatkan mereka agar tidak mengganggu anda lagi.

Selain itu, Auss juga haruskan banyak bersabar dan mengelak daripada bergaduh apabila diganggu.

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 110