NEGARA

Korban Op Selamat 11 menurun

Korban Op Selamat 11 menurun


Khalid (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Abdul Halim pada Majlis Penutup OP Selamat 11/2017 di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR – Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama kemalangan maut apabila mencatatkan sebanyak 170 kematian sepanjang Op Selamat 11/2017 yang dilancarkan polis sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, angka itu menurun kepada 17 kes berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 153 kematian.

Secara keseluruhan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ops Selamat kali ini yang terbaik pernah dilancarkan apabila menunjukkan penurunan sebanyak 34 kes kemalangan maut daripada 273 pada 2016 kepada 239 pada tahun ini.

Katanya, jumlah kematian turut mencatatkan penurunan sebanyak 42 kes iaitu sebanyak 257 kematian berbanding 299 kematian dilaporkan pada tahun lalu.

“Jumlah kemalangan keseluruhan pada Op Selamat kali ini menunjukkan peningkatan 1,420 kes iaitu sebanyak 22,402 kes berbanding 20,982 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, kes kemalangan maut pula turun. Kita harap Op Selamat dapat memberi lebih banyak kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31