KESIHATAN

Nanas kuatkan antibodi badan

Nanas kuatkan antibodi badan


NANAS kaya dengan antioksida yang mampu melawan penyakit. Gambar hiasan


SATU kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada University Oxford, Britain mendapati khasiat buah nanas mampu untuk menguatkan daya tahan badan.

Hal ini kerana, ia diklasifikasikan sebagai salah satu buah tropika yang kaya dengan kandungan vitamin C yang mampu untuk menguatkan antibodi badan.

Nanas juga kaya dengan bromelain iaitu sejenis enzim yang mampu untuk mencerna protein dan ia juga turut digelar ubat pencernaan.

Kandungan bromelain dalam nanas mampu untuk melawan radikal bebas, seterusnya menghilangkan pelbagai penyakit.

Begitu pun, khasiat penuh pada buah nanas boleh diperolehi sekiranya ia dimakan dan bukannya dijadikan jus.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 46