SUKAN

Santos berang penggunaan VAR

Santos berang penggunaan VAR


PORTUGAL terlebih dahulu berada di hadapan sebanyak dua kali sebelum mereka terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Mexico pada aksi Piala Konfederasi 2017 kelmarin.


KAZAN – Jurulatih Portugal, Fernando Santos berang dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada Piala Konfede­rasi apabila menyaksikan gol pembukaan Portugal ketika seri 2-2 menentang Mexico malam kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Ka­zan Arena itu, Portugal memperoleh gol menerusi Ricardo Quaresma serta Cedric Soares, manakala dua gol Mexico dijaringkan Javier Hernandez dan Hector Moreno.

Sebelum itu, Portugal berjaya membuka tirai jaringan menerusi rembatan Andre Gomes, namun Nani dikesan berada dalam kedudukan ofsaid menyebabkan gol tersebut dibatalkan,

Santos menegaskan, penggunaan VAR itu sangat mengelirukan apabila beberapa kali mengganggu kelancaran perlawanan selain menghukum skuad kendaliannya itu biarpun tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Semua orang tahu bahawa bola sepak mempunyai peraturan tersendiri, namun jika penggunaan VAR mendatangkan manfaat kepada kami, tidak ada masalah. Bagaimanapun, tidak ada sesiapa yang faham mengenai penggunaannya setakat ini.

“Perlawanan terhenti seketika selepas Cedric (Soares) menjaringkan gol. Semua orang tahu bahawa kami berhak untuk mendapatkan gol itu, jadi terimalah dengan hati terbuka,” ujar Santos.

Meskipun gol penyamaan Moreno pada lewat perlawanan mengecewakan Portugal tetapi Santos percaya keputusan seri adil buat kedua-dua pasukan kerana mereka sudah menampilkan satu perlawanan yang cukup berkualiti.

“Kami menentang sebuah pasukan yang sangat bagus kerana mereka memiliki pemain berkualiti dari segi teknikal. Pada mulanya kami gagal imbangi perlawanan namun berjaya untuk atasi masalah tersebut,” katanya.

– Agensi

Process time in ms: 47