SUKAN

Kelantan enggan berputus asa

Kelantan enggan berputus asa


KAFA akan terus berusaha untuk melengkapkan pendaftaran Seydi untuk menyertai Kelantan selepas ditolak FMLLP semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan terus berhubung dengan Football Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk mendapatkan maklumat terperinci selepas pendaftaran tonggak import mereka, Imam L Seydi ditolak badan berkenaan semalam.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihak–nya akan terus berusaha sedaya upaya bagi memastikan pendaftaran Seydi diluluskan semula oleh badan yang me–ngurus perjalanan Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Kita akan terus berbincang de–ngan FMLLP mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran Seydi.

“Lagipun kita daftarkan Seydi dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh FMLLP,” katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

FMLLP menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook menjelaskan sekatan perpindahan yang dikenakan kepada pasukan Kelantan akan tetap berkuat kuasa.

Ini berikutan KAFA masih gagal memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran untuk sekatan itu dimansuhkan.

FMLLP juga tidak dapat memberikan kelulusan budi bicara di atas permintaan KAFA itu atas sebab perpindahan tersebut tidak membawa impak yang amat positif kepada kedudukan kewangan badan induk bola sepak Kelantan itu.

Bagaimanapun, KAFA mampu menarik nafas lega apabila Kelantan meraih semula tiga daripada enam mata yang dipotong FMLLP selepas selesai melengkapkan pendataran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran untuk jumlah-jumlah yang tertunggak.

Sementara itu, Afandi memberitahu, pihaknya lega dengan keputusan FMLLP memulangkan semula tiga mata yang dipotong ke atas Kelantan sebelum ini.

“KAFA berterima kasih kepada FMLLP kerana sudi mendengar ra–yuan yang dikemukakan mereka sebelum ini,” katanya.

Process time in ms: 31