NEGARA

Warga Nepal ‘bermaharajalela’ di Kampung Sungai Sekamat

Warga Nepal ‘bermaharajalela’ di Kampung Sungai Sekamat


BEBERAPA lelaki warga Nepal berkumpul dan membuat bising hingga menimbulkan rasa kurang selesa penduduk tempatan di Jalan Sikamat, berhampiran Sekolah Agama Kajang baru-baru ini.


KAJANG – Penduduk Kampung Sungai Sekamat menjalani kehidupan kurang selesa sejak beberapa tahun lalu disebabkan tingkah laku kira-kira 100 orang lelaki dipercayai warga Nepal yang tidak menghormati sensitiviti penduduk setempat.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kumpulan warga Nepal tersebut telah menetap di kawasan berkenaan kira-kira tiga tahun lalu dan menjadikan rumah sewa mereka sebagai tempat berkumpul sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Ketua Kampung Sungai Sekamat, Ahmad Shukor Mawi, 59, berkata, dia sendiri tidak selesa dengan kumpulan lelaki ter­babit kerana mereka bertindak di luar batas dan menjadikan tempat tinggal seperti milik mereka sendiri.

“Saya bersama kira-kira 20 orang lelaki dari kampung ini meminta mereka keluar dari kawasan terbabit secara baik, namun langsung tidak diendahkan sebaliknya mereka hanya bercakap sesama sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Ahmad Shukor menambah, penduduk kampung mempunyai hak untuk menghalau mereka dan sokongan diperlukan bagi mengelak kumpulan tersebut terus bertambah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31