TERKINI

Morais diumum Ketua Jurulatih JDT baharu

Morais diumum Ketua Jurulatih JDT baharu

19/06/2017 10:42pm

JOHOR BAHRU - Jurulatih dari Portugal, Ulisses Morais diumumkan sebagai Ketua Jurulatih dan Pengurus skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) yang baharu, sebentar tadi.

Morais, 57, menggantikan pengendali JDT sebelum ini, Benjamin Mora, 38, yang kembali melatih pasukan JDT II.

Menurut laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers, Morais mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal.

"Antaranya, Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi.

"Jurulatih itu turut telah melatih banyak pemain ternama sepanjang kariernya di sana. Selamat datang diucapkan kepada Morais yang menggalas tugas mengendali JDT," katanya.

Menurut pihak pengurusan JDT, pengalaman dimiliki jurulatih itu diharap dapat melakukan terbaik untuk skuad Harimau Selatan. - K! ONLINE

Process time in ms: 32