TERKINI

PM lancar Projek LJK8 Peringkat Kebangsaan

PM lancar Projek LJK8 Peringkat Kebangsaan

19/06/2017 10:49pm




JITRA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di pekarangan Masjid Pering di Kampung Pering dekat sini.

Majlis pelancaran LJK8 itu diadakan bersempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Rakyat peringkat negeri.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz.

Menerusi projek LJK8, kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk pemasangan 122,133 unit lampu jalan di seluruh negara.

Di Kedah, projek LJK8 melibatkan pemasangan sebanyak 8,093 unit lampu jalan kampung di 15 kawasan parlimen dengan peruntukan RM6.1 juta. - K! ONLINE

Process time in ms: 31