TERKINI

Keharmonian perpaduan rakyat Sabah dan Sarawak wajar dicontohi

Keharmonian perpaduan rakyat Sabah dan Sarawak wajar dicontohi

19/06/2017 8:50pm




KOTA KINABALU - Sifat toleransi yang diamalkan di Sabah dan Sarawak perlu dijadikan contoh sebagai kekuatan perpaduan dalam kalangan rakyat di Semenanjung.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Senator Khairul Azwan Harun berkata, setiap kali berkunjung di kedua-dua buah negeri tersebut, beliau merasakan keistimewaan ikatan perpaduan yang diterapkan.

"Setiap kali datang ke Sabah dan Sarawak, saya dapat rasakan suasana harmoni dan semangat toleransi daripada masyarakat tempatan.

"Sehubungan itu, saya ingin menyarankan rakyat di Semenanjung supaya mencontohi nilai murni ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramadan Kareem Peringkat UMNO Negeri Sabah di Taman Sri Gaya di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 47