TERKINI

RM6 juta peruntukan segera kepada rakyat Perlis

RM6 juta peruntukan segera kepada rakyat Perlis

19/06/2017 8:45pm




KANGAR - Kehadiran singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata membawa erti kepada lebih 270,000 ribu rakyat negeri Perlis dengan peruntukan segera sebanyak RM6 juta.

Najib yang juga merupakan Presiden UMNO mengumumkan RM3 juta bagi kegunaan baik pulih rumah sementara RM3 juta lagi untuk memperbaiki jalan raya yang rosak di seluruh Perlis.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Perdana Menteri bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Najib meluangkan masa hampir sejam bersama kira-kira 2,000 pimpinan UMNO dan rakyat Perlis bermula pukul 5 petang hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 32