TERKINI

Mayat pemuda OKU dihanyut arus deras ditemui

Mayat pemuda OKU dihanyut arus deras ditemui

19/06/2017 8:26pm




KUALA LUMPUR - Mayat pemuda kurang upaya, Taufik Alias, 23, yang hanyut dibawa arus deras akibat banjir kilat di Hulu Langat kelmarin ditemui hari ini.

Menurut sumber, mayat mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua dekat sini.

Taufik yang dihanyutkan arus deras selepas hujan lebat di kawasan Batu 14, Hulu Langat ditemui di Tanjung Niah pada pukul 2.54 petang tadi. – K! ONLINE

Process time in ms: 47