TERKINI

Kediaman penjawat awam tambah 100,000 unit lagi

Kediaman penjawat awam tambah 100,000 unit lagi

19/06/2017 4:14pm




PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan ditingkatkan daripada 100,000 unit kepada 200,000 unit pembinaan secara keseluruhannya menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak berkata, langkah tersebut sebagai usaha kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terjaga.

"Adalah menjadi impian dan idaman setiap insan lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaian dengan selera mereka (penjawat awam).

"Saya anggap projek ini antara yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan, jadi beruntung mereka yang mendapat rumah kediaman PPA1M Selasih ini," katanya semasa berucap pada Majlis Serah Kunci PPA1M Selasih, Presint 17 di sini hari ini.

Pada April 2013 lalu, kerajaan bersetuju membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47