TERKINI

GST ke atas tambahan 60 lagi item makanan akan dibatalkan - Kastam

GST ke atas tambahan 60 lagi item makanan akan dibatalkan - Kastam

19/06/2017 3:25pm




KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

"JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.

"Justeru itu, JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini," kata Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan.

Akhbar tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini selepas merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31