TERKINI

Cina Muslim serikan Malaysia #QuranHour

Cina Muslim serikan Malaysia #QuranHour

19/06/2017 3:15pm


Ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan menyertai Malaysia #QuranHour di pejabat persatuan itu di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu hari ini.


KOTA BHARU - Ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan yang baharu memeluk agama Islam turut memeriahkan sambutan Malaysia #QuranHour di pejabat persatuan itu di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Pengerusi MACMA negeri, Johari Yap Abdullah berkata, walaupun segelintir ahlinya masih baharu, mereka tidak berputus asa mengikut sama membaca ayat-ayat suci al-Quran yang diketuai imam persatuan tersebut, Khairul Ehsan Abdullah.

"Program kali kedua yang diadakan ini memberi ganjaran berlipat kali ganda khususnya pada bulan Ramadan. Matlamat kami adalah ingin melihat semua ahli berdamping dan menjadi al-Quran sebagai panduan hidup.

"Kita tidak mahu mereka terkapai-kapai apabila memeluk Islam. Mereka hari ini bukan sahaja dapat pahala mengaji malah turut mendapat pahala belajar," katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Lebih 100 peserta menyertai program yang bermula tepat pukul 12 tengah hari itu. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47