TERKINI

Masjid, surau bergema dengan bacaan al-Quran sempena QuranHour

Masjid, surau bergema dengan bacaan al-Quran sempena QuranHour

19/06/2017 3:21pm


Orang ramai yang menyertai QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.


KUALA LUMPUR - Masjid dan surau di seluruh negara sekali lagi bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena program Malaysia #QuranHour hari ini.

Edisi ketiga program itu yang diadakan pada 10 hari terakhir Ramadan, sekali lagi mendapat sambutan menggalakkan dan sokongan padu masyarakat Islam di seluruh negara yang bersatu hati menjayakan program itu yang berlangsung selama sejam bermula 12 tengah hari tadi.

Bertemakan ''Bangsa Berbudi & Penyayang'', program itu yang diadakan secara besar-besaran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, turut dianjurkan di beberapa lokasi di negeri-negeri seluruh negara.

Ia dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan berangkat menyertai kira-kira 5,000 orang yang berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjayakan program itu. Bernama

Process time in ms: 47