TERKINI

Perdana Menteri umum pelantikan Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi FGV baharu

Perdana Menteri umum pelantikan Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi FGV baharu

19/06/2017 3:59pm


Sulaiman


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV yang baharu menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Najib berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mohd. Isa yang bersetuju melepaskan jawatannya dan bagi meneruskan peranannya beliau dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Penyusunan semula ini mencerminkan kerajaan mahu memastikan FGV lebih kukuh dan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

"Pelantikan jawatan baharu melibatkan Sulaiman dan Mohd. Isa ini berkuat kuasa serta merta," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih di Presint 17 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, berhubung kemelut yang melanda FGV, beliau berkata, tindakan dalaman akan diteruskan oleh Lembaga Siasatan terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi pengurusan kanan yang merupakan sebahagian daripada prinsip tadbir urus syarikat yang baik.

Sulaiman, 67, yang juga Pengerusi Telekom Malaysia (TM) adalah Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.

Sulaiman, lulusan Ekonomi dari UM, menyambung pengajian di University of London. Beliau menyempurnakan pengajian PhD di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal tahun 1986. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31