TERKINI

Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu

19/06/2017 2:35pm


Gambar hiasan


ALOR SETAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu oleh ''amil palsu'' yang akan muncul pada minggu akhir Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata, seramai 3,200 amil telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang dipilih di seluruh pelusuk negeri dan mereka mempunyai kad kuasa bersama buku resit bayaran berwarna oren yang sah daripada LZNK.

"Perkara pertama yang perlu diberi perhatian pembayar zakat ialah memastikan individu yang mengutip zakat di masjid, kompleks beli-belah, bank-bank dan pasar raya mempunyai kad kuasa yang digantung pada leher dan resit bayaran adalah daripada LZNK yang berwarna oren, supaya tidak tertipu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran kaunter Drive Tru (pandu lalu) Bayaran Zakat Fitrah di Menara Zakat Kedah di sini, hari ini.

Katanya, kaunter yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 7 malam sehingga akhir Ramadan memberi kemudahan kepada orang ramai membayar zakat fitrah dengan cepat dan berkesan. - Bernama

Process time in ms: 31