TERKINI

Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan

Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan

19/06/2017 1:34pm

Gambar menunjukkan kesan lebam seorang pelajar didakwa dipukul oleh guru.


KOTA KINABALU - Polis belum menerima sebarang laporan mengenai dakwaan seorang pelajar yang lebam pada bahagian badan akibat dipukul seorang guru menggunakan penyapu di sebuah sekolah daerah Kudat.

Insiden tersebut mula menjadi tular selepas ibu kepada pelajar terbabit memuat naik status dan gambar kesan lebam pada bahagian badan mangsa dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, setakat ini tiada sebarang tindakan dilakukan memandangkan pihaknya masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.

"Tiada laporan yang kami terima setakat ini," katanya sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul memberitahu, kes tersebut berlaku di Kolej Vokasional Kudat.

"Pihak sekolah menyelesaikan insiden ini mengikut prosedur dan telah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, sejak petang Sabtu lalu laman Facebook milik Allicia Pastora yang dipercayai ibu mangsa memuat naik status dan gambar yang menimpa anaknya itu.

"Saya hantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu. Apa tindakan pihak pentadbir sekolah apabila anak-anak dipukul sewenangnya oleh guru yang tidak bertanggungjawab sampai jadi begini?

"Pukul pakai batang penyapu lagi. Sebagai ibu saya memang sakit hati kerana apa pun kesalahan pelajar tidak wajar kalau guru bertindak memukul," jelasnya dalam status tersebut. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 31