TERKINI

TUDM nafi tular dakwaan pesawat Hawk 108 bermasalah

TUDM nafi tular dakwaan pesawat Hawk 108 bermasalah

19/06/2017 1:29pm


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan khabar angin yang tular mendakwa pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu, Khamis lepas, diketahui bermasalah.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata, pesawat itu telah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum kejadian nahas tersebut.

"TUDM tidak akan berkompromi tentang keselamatan dan ''airworthiness'' (layak terbang) pesawat serta sentiasa menekankan tahap tertinggi dalam penyelenggaraan pesawat di bawah kawalan TUDM," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menemui beberapa serpihan pesawat Hawk 108 termasuk kedua-dua kerusi anjal dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai.

Katanya, operasi mencari serpihan pesawat selebihnya akan diteruskan dalam usaha TUDM untuk melengkapkan siasatan bagi menentukan punca kejadian. - Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47