NEGARA

Beruang matahari baham kambing

Beruang matahari baham kambing


Rokiah (kiri) menunjukkan kandang kambingnya kepada Cosmas semasa melakukan pemeriksaan susulan kejadian serangan beruang matahari di Kampung Renyut, Jeli semalam.


JELI – Penduduk Kampung Renyut di sini hidup dalam kebimbangan selepas dua ekor kambing milik dua penternak dibaham beruang matahari yang menceroboh ke kawasan kediaman penduduk kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, seorang penternak, Rokiah Ibrahim, 60, mendengar kambing peliharaannya mengembek di dalam kandang yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan bunyi bising tersebut sehinggalah memeriksa kandangnya keesokan hari.

“Semasa memeriksa kandang pada pukul 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati seekor ibu kambing cedera pada paha kanannya dan ada kesan gigitan.

“Kecederaannya yang teruk menyebabkan saya terpaksa menyembelih kambing betina ini,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31