NEGARA

Ajar budaya tempatan di sekolah

Ajar budaya tempatan di sekolah


Tarian ulek mayang antara tarian tradisional Terengganu yang akan diajar kepada 227,000 pelajar sekolah dalam program memperkasa budaya anjuran Jabatan Pendidikan Terengganu mulai tahun depan. – Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Terengganu bakal memperkenal program memperkasa budaya tempatan kepada kira-kira 227,000 murid dan pelajar dari 503 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini mulai tahun hadapan.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, program berbentuk kokurikulum itu bakal memberi pendedahan tentang tarian, lagu rakyat, makanan dan pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan negeri ini kepada golongan muda tersebut.

“Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan kita tidak mahu ia hilang ditelan zaman tanpa diwarisi oleh anak-anak kita.

“Justeru, kita mengadakan program perintis memperkasa budaya tempatan bagi memastikan budaya ini terus terpelihara,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 63