NEGARA

Pesawat Hawk masih relevan

Pesawat Hawk masih relevan


MODEL pesawat tempur Hawk 108 TUDM jenis sama yang terbabit dalam nahas udara yang mengorbankan dua orang juruterbang.


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan pesawat tempur Hawk 108 berikutan insiden kemalangan pesawat itu di sempadan Pahang-Terengganu Khamis lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat Hawk 108 masih lagi boleh digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjalankan tugas.

“Kerajaan masih tidak terfikir untuk menggantikan pesawat ini dengan pesawat lain, apa yang penting ketika ini adalah siasatan yang telus perlu dilakukan segera bagi menyelesaikan kes tersebut.

“Bangkai pesawat akan dikeluarkan dan akan disiasat oleh beberapa pasukan penyiasatan khas,” jelasnya pada sidang akhbar selepas Majlis Pertemuan Naib Presiden UMNO Bersama Setiausaha UMNO di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 15