NEGARA

Pengarah Kemas didakwa rasuah

Pengarah Kemas didakwa rasuah


Mohd. ADNAN diiringi anggota SPRM ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.


ALOR SETAR Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas dua tuduhan menerima rasuah kontrak pembekalan tabika dan taska bernilai hampir RM160,000 pada Januari 2015 dan Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Adnan Md. Daud, 54, bagaimanapun tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Pada pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Kemas Selangor didakwa menerima suapan RM73,000 daripada Sah Hizam Halim bagi melantik syarikat milik Sah Hizam iaitu Perniagaan Naluri Pertama menjalankan kerja membekal susu tepung kepada tabika dan taska Permata.

Tertuduh juga melantik syarikat Alpha Elite Resource yang juga milik Sah Hizam untuk menjalankan kerja membekal serbuk malt coklat kepada tabika dan taska Permata.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Alor Setar pada 14 Disember tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31