NEGARA

Penyeludup pistol mati ditembak

Penyeludup pistol mati ditembak


Asri (dua dari kanan) menunjukkan senjata api yang dirampas daripada lelaki yang ditembak mati pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang lelaki disyaki penyeludup senjata api dan dadah dari negara jiran mati dalam kejadian berbalas tembakan di persimpangan jalan Kampung Weng Dalam menghala Kampung Ulu Lenggong, Baling dekat sini awal pagi kelmarin.

Kejadian pada pukul 4.25 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut terserempak dengan sebuah kereta Toyota Vios yang berhenti di tepi jalan dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, pasukan polis tersebut menghampiri kereta Vios berkenaan lalu mengarahkan seorang lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu supaya keluar untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari dalam kereta sebelum meluru keluar melalui pintu penumpang hadapan,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31