NEGARA

Beraya dengan songket RM30,000

Beraya dengan songket RM30,000

Zamzam menunjukkan kain songket asli Terengganu berharga RM20,000 yang dijual di kedai Bak Tailor di Wisma Yakin, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jika golongan wanita sanggup berhabis wang untuk koleksi tudung eksklusif berharga sehingga RM21,600 sehelai, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam berbelanja untuk aksesori pakaian terutamanya pada musim perayaan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati samping yang berharga ribuan ringgit tidak kurang mendapat sambutan daripada pembeli.

Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada dua ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu ini terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

“Tahun ini samping paling mahal yang telah dijual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang individu dari Brunei.

“Songket yang mahal biasanya dibuat atas tempahan,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 62