VARIA

Hidangan nasi kambing sumbat

Hidangan nasi kambing sumbat


AHMED ZAKI menunjukkan hidangan nasi kambing sumbat yang menjadi signatur Restoran Nook.


TERLETAK di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur, Restoran Nook di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral menjanjikan satu ruang selesa buat para pengunjung untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Bertemakan Bufet Ramadan Tradisional Kegemaran, lebih 150 jenis untuk dinikmati pengunjung termasuk menampilkan pelbagai hidangan pilihan tradisi yang disediakan di stesen langsung.

Dengan pengiktirafan Nook sebagai restoran halal, Cef Ahmed Zaki Harun telah menghasilkan pelbagai aneka juadah dan disajikan secara bergilir-gilir agar tetamu dapat menjamu pelbagai hidangan sepanjang Ramadan.

Nasi kambing sumbat antara yang menjadi tumpuan utama dalam hidangan bufet di Restoran Nook. Selain itu, menu taruhan utama juga ialah rendang daging yang dimasak sampai empuk.

Cara penyediaan yang rumit iaitu dimasak secara perlahan-lahan selama tujuh jam dan diberi perisa bersama rempah seperti garam, lada hitam, kayu manis serta bunga lawang.

Tidak ketinggalan juga sedikit masakan juadah Cina, India dan Barat. Selain itu, tetamu juga dapat memilih stim ikan siakap bersama sos halia, pie kambing, makanan laut mousaka, kepak ayam barbeku dan laksa Sarawak.

Promosi bufet Ramadan di Restoran Nook bermula dari 29 Mei sehingga akhir Ramadan dengan pakej RM135 seorang.

Process time in ms: 32