INFINITI

Mengingati mati gambarkan emosi positif

Mengingati mati gambarkan emosi positif


SOKONGAN keluarga dan rakan-rakan turut membantu memupuk emosi positif seseorang yang berada di ambang maut.


TAKUT terhadap kematian adalah lumrah. Ia mungkin didorong rasa bimbang menanggung penderitaan saat nyawa berpisah dari badan dalam keadaan bersendirian.

Satu penyelidikan terbaharu mendapati, mereka yang berfikir mengenai kematian atau berada di ambang maut menggambarkan pengalaman emosi yang lebih positif sedangkan hipotesis awal mencadangkan perkara sebaliknya.

Saintis psikologi dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Kurt Gray telah meneliti catatan-catatan pesakit serta banduan yang sedang menanti hukuman mati mendapati terdapat tumpuan tidak seimbang terhadap emosi negatif individu terlibat.

"Dalam imaginasi kebanyakan orang, mati bererti sunyi dan tidak bermakna. Tetapi curahan hati sampel yang dilihat mendapati detik itu dipenuhi kasih-sayang dan sambungan sosial antara keluarga dan rakan-rakan mereka," ujarnya seperti dilapor dalam jurnal Psychological Science baru-baru ini.

Dalam kajian itu, Gray dan rakan-rakan penyelidiknya turut menganalisis tulisan blog sekumpulan pesakit yang telah meninggal dunia akibat kanser dan Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

"Sebagai perbandingan, penyelidik turut meminta peserta online menulis blog untuk membayangkan bahawa mereka telah didiagnosis menghidap kanser dan mempunyai beberapa bulan saja untuk hidup," jelasnya.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31